Yesus, Kisah Krismas

Satu konsert muzikal yang menakjubkan “Yesus, Kisah Krismas”
Mary Ellen Chase berkata” Krismas bukannya sesuatu yang berlaku pada satu tarikh, tetapi adalah satu keadaan minda.” Hamilton Wright Mabie berkata “Musim ini yang membuatkan seluruh dunia begitu asyik dengan kasih adalah musim yang diberkati!” Dr Seuss berkata, “ Mungkin Krismas tidak datang dari sebuah kedai, mungkin Krismas mempunyai makna yang lebih mendalam lagi…!”
Musim yang termulia ini selalunya diraikan berserta dengan percutian akhir tahun bersama keluarga, membeli-belah dan berpesta, dan kemudiannya menyumbang kepada perayaan akhir tahun dengan sukacita dan menyambut Tahun Baru dengan penuh semangat. Tetapi Krismas bukan sekadar membeli-belah, percutian dan pertukaran hadiah. Ya, Dr Seuss, ianya adalah lebih dari itu!
Gereja Calvary dengan bangganya mempersembahkan kepada Bandar Kuala Lumpur, konsert muzikal,
“Yesus, Kisah Krismas”. Konsert muzikal ini akan diadakan di
Wisma MCA, Jalan Ampang, pada
23hb Disember 2011, Jumaat, jam 8 malam dan pada 24 Disember, Sabtu, pada 5 petang. Konsert ini menjanjikan memperkayakan perayaan Krismas bersama orang yang dikasihi dan kawan-kawan dan mereka yang ingin mengalami sesuatu lebih daripada membeli-belah, bermakan dan berpesta.
Konsert ini adalah mengenai makna sebenar Krismas, iaitu kelahiran Yesus Kristus. Yesus Kristus adalah seorang tokoh dalam sejarah, dituliskan dalam Alkitab, dan Ia juga merupakan Juruselamat kepada umat Kristian di seluruh dunia.
“Konsert ini sememangnya amat menarik!” kata Kevin Atienza Chan & Balachandran Navaratnam, pengurus produksi Krismas dan drama dalam gereja. Konsert tahun ini berbeza dari konsert dari tahun-tahun yang lalu. Akan ada lebih banyak penceritaan, ditambahkan dengan penggunaan skrin LED yang menarik dan penggunaan lampu yang kreatif. Tambahan, ada beberapa inovasi teknikal dalam keupayaan drama, muzik dan tarian kami. Latihan-latihan yang dijalankan beberapa bulan yang lalu menunjukkan bahawa kumpulan produksi berlatih dengan sungguh!”

Drama itu akan diceritakan oleh seorang Tuan Rumah Tamu dan tiga orang malaikat, dalam cara kontemporari dan lucu, pada masa yang sama mengekalkan keaslian cerita Krismas itu.
“Pelbagai jenis muzik dan tarian dari Ballads, Motown, Hip-Hop, Soul & Jazz,, dicampurkan untuk membawa suatu hiburan klasikal dalam cara yang baru,” kata Chan, yang sudah terlibat dalam pelayanan seni muzik dan kreatif sejak beberapa tahun lalu.
Lagu-lagu dipetik dari album “Colors of Christmas” dan “Portraits of Christmas”, yang mempunyai satu campuran unik pelbagai jenis lagu perayaan yang rancak, waktu-waktu yang menyenangkan serta lagu kontemporari. Lagu dan corak muzik digubal komposer terkenal Phil Barfoot dan disusunkan oleh penyusun veteran muzik gereja Lari Goss.
Dalam membuat perayaan ini lebih bermakna, Pendita Senior gereja, Reverend Tan Sri Prince Guneratnam, akan menyampaikan pesanan yang penuh harapan setiap malam. Penterjemahan ke dalam bahasa Kantonis dan Bahasa Malaysia juga disediakan.
“Masuk adalah percuma!
Datanglah bersama keluarga dan kawan dan nikmatilah pengalaman yang meriah ini. Bukan sekadar menarik, ianya juga merupakan sesuatu yang mengubah hidup. Lebih daripada 7000 orang telah menikmati dan diberkati dalam Perayaan Hari Paskah yang diadakan di tempat yang sama tahun ini. Kami menganggarkan sebegitu ramai orang yang akan datang juga untuk perayaan Krismas ini!” kata Navaratnam.
Pada hari Krismas, Ahad, 25 Disember 2011, jam 10 pagi gereja akan bertemu di tempat yang sama untuk perayaan Krsimas yang istimewa. Perayaan “A Children Christmas Joy” untuk kanak-kanak berumur 5-11 tahun dan jagaan untuk kanak-kanak berumur 8 bulan – 4 tahun juga disediakan. Masuk untuk kebaktian istimewa ini juga adalah percuma.
Wisma MCA terletak ditengah-tengah Bandar dan tidak jauh dari Stesen LRT Ampang Park , yang merupakan stesen kenderaan umum untuk LRT, teksi dan bas. Untuk maklumat lanjut, layarilah laman web xxxxxx atau hubungi 03 7728 6000 or 7727 3948.


