The Organiser

Gereja Calvary Damansara Heights, Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1967. Hari ini, ianya adalah satu gereja yang diakui untuk sumbangannya terhadap pembinaan satu masyarakat positif dalam satu negara yang mempunyai pelbagai kebudayaan dan bangsa.
Program dinamik Calvary membawa kesan kepada kanak-kanak, pemuda-mudi, keluarga dan yang berumur. Kanak-kanak di impak melalui latihan dalam muzik dan kreatif arts sepertio program orchestra, drama dan konsert kanak-kanak. Juga ada program untuk kanak-kanak yang mempunyai keperluan istimewa dan juga masalah pembelajaran . Program pemuda-mudi merangkumi aktiviti kumoulan kecil, latihan pembangunan pimpinan dan peluang untuk layanan komuniti. Gereja ini juga mengadakan seminar untuk mereka yang ingin berkahwin, juga untuk rumahtannga dan ibubapa. Calvary Sunshine Home mempunyai perkhidmatan untuk jagaan harian serta interaksi untuk mereka yang sudah berumur.
Sumbangan Calvary kepada masyarakat termasuk perkhidmatan kaunseling, lawatan kerumah orang-orang sudah berumur, orang-orang cacat dan program pemberian makanan kepada mereka yang tidak mempunyai rumah. Calvary telah menetapkan satu projek kebajikan masyarakat bernama “Calvaryland: dimana mereka yang sudah berumur, anak yatim piatu dan mereka yang tersisih dari masyarakat dijaga dalam satu pusat berukuran 10 hektar di Sepang.

Calvary juga aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, membekalkan sokongan dan bantuan kewangan ke pelbagai negara yang mengalami malapetaka semulajadi, penyakit dan peperangan.
Kumpulan Pendita Calvary dipimpini oleh Pendita-Pendita Kanan Rev. Tan Sri Prince Guneratnam and Puan Sri Petrina Guneratnam. Pendita Kanan Rev. Tan Sri Prince Guneratnam telah melayani sebagai Superintendant Umum Assemblies of God Malaysia dan merupakan Pengerusi Christian Federation of Malaysia.
Beliau di kurniakan “Panglima Setia Mahkota” pada 2008 dan ‘”Panglima Jasa Negara”pada 1999 oleh DYMM Yang di-Pertuan Agung untuk perkhidmatannya kepada negara dan rakyat.
Ia juga dikurniakan “General Superintendent Emeritus” oleh Assemblies of God of Malaysia untuk pimpinannya, dan telah menerima tiga ijazah doktorat iaitu Doctor of Law, Doctor of Litterrarum, and Doctor of Divinity.
Calvary sedang membina
Calvary Convention Centre
(http://www.calvary.org.my/CCC/ccc.html)
di Bukit Jalil. CCC, jenis yang pertama di Malaysia, adalah satu
pusat konvensyen unik yang didedikasikan untuk aktiviti holistik
termasuk mengadakan konvensi, jamuan makanan, seminar, produksi
muzikal dan seni kreatif antarabangsa, regional dan nasional.
Ianya juga dikhususkan untuk latihan pendidikan dan vokasional
dan pembangunan rohani dengan matlamat untuk membentuk muda-mudi
negara menjadi rakyat Malaysia yang baik. CCC akan siap dibina
pada tahun 2013.


